Monday, April 30, 2012

CARA PEMAKANAN RASULULLAH S.A.W



KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarangmakan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Sunday, April 29, 2012

Weight Loss Challenge: Finding of the BIGGEST LOSER

How can we help you???

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 year?
Are you interested in any of below?
Extra information that can help me to guide you

Click here to create your own form.

MAJLIS BACAAN YAASIIIINN...

Assalamualaikum....ari nie rumah ibuku ada Majlis Bacaan Yaasiinn...start kul 8 pg aku dh bersiap2 k dapur utk menolong ibuku mnyediakan sedikit santapan after bacaan Yaasiin...antara juadahnya nasi himpit n kuah kacang, donut( mmg feveret ibuku dr dulu lg bla da mkn2 nih), kuih doremon ( da gak org pgl beger m'sia, roti blis dll) n feveret aku karipap berinti sambal klapa n ikn( kt ganu mmg femes)...hihi...w/pun pg2 dh bau menusuk kalbu kerna bau juadah yg disediakn....SHAKE TTP AKU AMIK...PENTING TU...after shake bru bertenaga...juadah dh siap smuanya, just mnunggu ketibaan makcik2....seorg demi seorg memberi slam n semuanya yg hadir dlm 10-11 org...bacaan YAASIIN dimulakan dan di baca shingga doa penutup...bacaan YAASIIN ni diketuai olek 'Mak Teh'..selesai  bacaan Yaasiin, Mak Teh membaca doa n doa yg d bacakn sgt menusuk hati n meresap k dlm diri...slesai doa, kami bersalam-salaman dan diiringi dgn selawat ke atas JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W...mulalah detik menyentuh perasaan pabila makcik2 semuanya menangis berpelukan kerna alunan selawat td dpt manaikkn rs KEINSAFAN dlm diri kerna setiap manusia mmg x lari dr melakukan kesilapan...makcik2 saling bermaafan dan membuatkn suasana lbih sayu...selesai selawat, aku n ibuku mengangkat juadah2 yg kami bt td kpd tetamu yg dtg...selesai mkn, sorg demi sorg makcik pulang...MAJLIS BACAAN YAASIIN selesai...TERASA RINDU SGT2 KT SUAMI...LOVE ABG SGT2...MLM NIE BCALA YAASIIN YE...

tuttut: SKALI SKALA BT BACAAN YAASIIN NIE BEST GAK...DPT KETENANGAN N CAM2 LG LA...AMALKANLAH BACA YAASIIN PADA MLM JUMAAT...INSYALLAH SAMA2 KITA LAKUKAN...

MOOD : TENANG JE...

SAYANGILA KEDUA ORG TUAMU...

Assalamualaikum...jam lbih kurang 1330hrz (Sabtu).sedang aku menunggu bas untuk balik k kpg Felda Mempaga, di Stesen Bas Bentong, dtg seorang Pak Cik yg umurnya lingkungan 80 @ 90 an mcm tu...aku tgk Pak Cik tu terketar-ketar jlnnya smbil bertongkat dan membawa satu 'jabir rokrak'(plastik)yg menga dungi kain pelikat n kain2 lain dtg k arahku....bl smpai je kt aku die tanye "jam dh pukul brape?"(pertanyaannya hampir x ku dengar kerna hanya sekadar nafas dan mlutnya sje yg bergerak), nmun dgn pertolongan Allah SWT, @ku dpt menangkap pertanyaanya....selepas aku mnjwab jam pkul 1.36, die berlalu pergi...dlm aku duk 'ralik' duk main galaxy tab ku, Pak Cik tu dtg blik k arahku n tanye bas kat depan aku nk k mn?, aku jwb bas nie nk k Mempaga, n dr situ die mula la bercerita yg anaknya jji nk amik die kt situ, tp x dtg2 pon..aku tnye die smaada die da no fon anak tak tuk aku call anknya, dgn terketar2 die ambil kertas kt dlm poket bjunya n belek satu2...amat sedih kerna dlm lipatan 2-3 helai kertas yg dikeluarkan tu, terselit satu not RM1...(Dlm atiku terdetik ' Adakah Pak Cik nie hnya ada itu je dlm poketnya utk dibekalkan)....trus rs sebak menyelubungi atiku....skejap2 pak cik melilau matanye dgn harapan die akan nmpak anaknye dtg....tp semua 2 hnya tgl harapan....die pn kembali membelek kertas d tanganya sambil ku mencuri2 nengok kt kertas 2...tp tiada sebarang no tel....dia mmsukkn kmbali kertas td k dlm poketnye...dia
ckp ank pak cik peguam kt sini..aku just menganggukkn kpla je...die tanye aku kije kt mn, aku ckp kt kl...die pn ckp yg anknya pensyarah n cam2 lg la...betapa sdih ku rskn kerna ank2 yg hebat2 semuanya, tp membiarkn seorg ayah terkontang-kanting dengan kesihatan yg x brape elok...die kembali k bangku n merenung bas yg brada d dpannye...xbrape lme lpas 2 dia bgn blik dan pergi k arah jln utk mlihat kdtgn anknya..tp hampa dan kembali semula k bangku...aku bratur utk naik bas kerna bas k kpg ku akn bergerak x lme lg...aku mengintai mlalui cermin bas, pak cik tu skali lg bgn n mlakukan perkara yg sm..begitu ku rasakan sedih n sebak skali melihat seorg ayah yg setia dgn jji anknya n menanti anknya yg entah tiba @ tak...basku bergerak n pak cik tu hlang dr pandanganku...spnjng perjlnan aku memikirkn smada anknya dtg @ pak cik msih setia menunggu???ape la yg berlaku slps itu???hanya ALLAH SWT shj yg tau...

Moral of the story : JGNLAH SAPE2 SAJE YG BERADA KAT TAS BUMI ALLAH NIE INGT BLA DIA DH BERJAYA, LUPE AKN KEDUA ORG TUA...IF KEDUA ORG TUA XDA, XDANYA KITA KAT TAH DUNIA NIE N INGT LA BAHAWA ALLAH ITU MAHA ADIL N SAKSAMA...KU MOHON PADA- MU YA ALLAH, BUKAKANLAH PINTU HATI ANK PAK CIK TU UTK DTG DAN TERIMA KEADAAN AYAHNYA SEADANYA...USAHLAH MALU AKN KEADAAN ORG TUA KITA....anggapla mereka spt ank2 kcil yg selalu mendambakn n memerlukan perhatian n kasih sayang...AKU SAYANG SANGAT2 MAK N ABAH W/PUN ABAHKU, ABAH TIRIKU...

Saturday, April 21, 2012

MAKAN MALAM YANG SIHAT


Apakah makan Malam yang sihat?

1- Menepati Waktu Makan Malam

Makan Malam perlu diambil sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur ataupun sebelum pukul 8.00 malam. Ini adalah supaya penyingkiran kalsium yang berlebihan dalam badan dapat dilakukan. Tetapi jika kita makan malam terlalu lewat, proses penyingkiran tidak dapat berlaku kerana waktu puncak adalah semasa kita tidur. Jika keadaan ini berterusan, kalsium akan berkumpul di pundi kencing, uriter dan uretra. Lama-kelamaan akan menyebabkan pembentukan batu karang.

2 - Makan Malam Yang lebih Ringan (bukan makanan ringan)

Makan malam perlu di ambil dalam kuantiti sederhana dan berkhasiat. Jika kita makan malam di ambil terlalu lewat dan dalam kuantiti yang banyak, kadar kolesterol dalam badan akan meningkat yang akan menyebabkan hati membina lebih banyak lipoprotein berketumpatan rendah yang akan menyebabkan penyakit arteriosclerosis atau saluran arteri tersumbat. Selain itu makan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan perut berangin dan menyebabkan organ sekeliling seperti usus, hati dan sebagainya tertekan dan isyarat tersebut di hantar ke otak. Ini akan menyebabkan otak menjadi aktif dan mengakibatkan penyakit imsonia iaitu sukar untuk tidur.

3- Makan Makanan Yang Yang Berkhasiat

Realitinya, kebanyakan keluarga lebih menumpukan kepada pemakanan yang berat-berat dimalam hari seperti daging, telur, susu dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kandungan kalsium dalam air kencing bertambah. Jika kepekatan kalsium adalah tinggi, peratusan untuk mendapat batu karang meningkat pada saluran uretra juga meningkat. Badan kita tidak dapat menyerap protein jika kandungannya banyak, dan akan menyebabkan pengumpulan protein dalam saluran makanan sehingga menghasilkan ammonia dan toksin lain yang boleh menyebabkan kanser.Untuk pengetahuan anda, kanser usus adalah penyakit nombor 2 dalam Malaysia selepas sakit jantung.

Saya mengambil Herbalife sebagai hidangan di waktu malam. Dengan khasiat yang diperlukan oleh badan dan berkalori rendah, saya tidak perlu risau mengenai makan malam. Bukan sahaja saya berjaya menurunkan berat badan, malah tahap kesihatan saya juga meningkat. Malahan ia boleh di ambil sebelum tidur. Itulah rahsia saya bagaimana saya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan. Anda pula bagaimana:)

Untuk maklumat lanjut...call je saye ye!!!

MAKANAN NUTRISI YANG TERBAIK UNTUK BULAN RAMADHAN



Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari saja lagi?

Adakah anda memerlukan makanan terbaik untuk sahur, yang akan dapat mengekalkan kecergasan anda sepanjang hari, selain daripada membekalkan diri anda dengan vitamin dan mineral yang seimbang?

Adakah anda ingin berpuasa dengan sempurna dan menikmati apa sahaja makanan kegemaran anda sewaktu berbuka, tetapi masih lagi dapat mengekalkan ataupun menurunkan berat badan anda?

Adakah anda ingin menurunkan beberapa kilogram sebelum menghadapi Syawal nanti? Mungkin untuk fit dengan baju raya kegemaran anda, atau kelihatan lebih menarik bila berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan semasa jamuan Raya nanti, atau untuk merasa lebih berkeyakinan untuk bergaya sakan di Hari Raya?

Masih belum terlambat untuk anda memesan produk Herbalife sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan kali ini. Mulakan langkah untuk menjadi sihat dan menurunkan berat badan mulai daripada hari ini.

Tanya saya bagaimana.

Thursday, April 12, 2012

Harga Baru Produk Herbalife Bermula April 2012

Assalamu'alaikum Dan Salam 1 Malaysia,

Para Pelanggan Yang Dihormati,
Dimaklumkan Harga Produk Nutrisi Dalaman Dan Luaran HerbalifeAkan Naik Sehingga 2.5% Bermula Pada Pertengahan Bulan April 2012.

Awal April Adalah Masa Yang Terbaik Untuk Anda Semua Membuat Pembelian Produk Herbalife Sebelum Harga Baru Pada Pertengahan Bulan April Nanti.. Terima Kasih !


Sila Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut:

KHAIRUL (019- 948 8673)
LAILY (019 - 948 8973)